Koperasi Pembangunan Desa Saradan Tenghilan Berhad
Salah satu perkara yang menarik dan unik tentang program keusahawanan yang dikenali sebagai KOPDESA ini adalah mampu meningkatkan kemahiran komuniti dalam bidang e-dagang dan pemasaran digital, yang seterusnya dapat membantu mereka meningkatkan taraf hidup, lebih-lebih lagi mereka yang terkesan dalam pandemik Covid-19.
Koperasi menyediakan ‘latihan dalam talian’ secara virtual kepada anggota dan bakal anggota yang mendaftar sebagai COOPRENUER. Pada masa yang sama, ini memberi kesan yang positif kepada masyarakat dengan menggalakkan orang ramai, terutama sekali golongan asnaf dalam menjana pendapatan melalui perniagaan dalam talian tanpa perbelanjaan modal.
“Teknologi dunia semakin berkembang pesat dan seiring dengan inisiatif digitalisasi. Ia dapat memberi potensi besar kepada koperasi untuk meningkatkan daya saing dalam dunia moden dengan mewujudkan platform dinamik memperkembangkan perniagaan yang boleh beroperasi 24jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun (24X7X365). Penggunaan aplikasi dalam talian menggunakan pemasaran digital membantu koperasi kelihatan lebih maju serta profesional dalam hal organisasi dan boleh meningkatkan kecekapan operasi bagi memberi manfaat kepada koperasi dan pengguna.